Driver Caught Transporting Banana Tree in A Car with 18 traffic summonses including 4 arrest warrants and 10 non-compoundable summons
On 30 November, a driver of a Toyota Vios who actually transported a banana tree placed horizontally across his car rear seat which has like half the tree being penetrated out from the car window and causing obstruction to the opposite or another lane user at Jalan Persiaran Utama, Mutiara Rini, Skudai here at Johor.
The Iskandar Puteri District Police chief ACP Dzulkhairi Mukhtar mentioned that the act was caught on video and went on social media which the 30-year-old local man was issued a summons under LN 166/59 Rule 20 for carrying a load with an improper vehicle, and the vehicle owner who is working in Singapore too.
Pokok pisang punya pasal, terbongkar semua kesalahan trafik
farid_noh@bh.com.myIskandar Puteri: Lelaki yang membawa sebatang pokok pisang menggunakan Toyota Vios di Taman Mutiara Rini, Skudai, dekat sini, petang semalam, bukan saja tidak memiliki lesen memandu malah mempunyai 18 saman trafik, empat waran tangkap dan 10 saman tidak boleh dikompaun.
Video lelaki berkenaan yang memandu dengan membawa sebatang pokok pisang secara melintang itu tular di media sosial sejak petang semalam dan menerima kecaman pengguna jalan raya.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, lelaki berusia 30 tahun itu menyerah diri di Balai Polis Trafik Iskandar Puteri, kira-kira jam 9.30 pagi tadi.
Katanya, hasil siasatan mendapati kejadian berlaku di Jalan Persiaran Utama, Taman Mutiara Rini, Skudai, dekat sini, jam 2 petang semalam.
“Pada jam 7.15 malam, pemilik kereta yang berada di Singapura berjaya dihubungi dan pada jam 8.30 malam hari sama, anak pemilik kereta hadir bersama kenderaan yang tular di video berkenaan.
“Berdasarkan keterangan lisan anak pemilik, kenderaan itu dipandu oleh sepupunya yang membawa pokok pisang untuk upacara keagamaan di Taman Mutiara Rini.
“Pada jam 9.30 pagi tadi, lelaki berusia 30 tahun yang memandu Toyota Vios berkenaan menyerah diri ke Balai Polis Trafik Iskandar Puteri.
“Hasil pemeriksaan rekod saman lampau, pemandu berkenaan memiliki 18 saman trafik termasuk empat waran tangkap dan 10 saman tidak boleh dikompaun,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Video tular berdurasi 54 saat itu memaparkan rakaman pemandu yang meminta pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pemandu Toyota Vios kerana membahayakan pengguna jalan raya lain.
Zulkhairi berkata, pemandu itu disaman mengikut Kaedah 20 LN. 166/59 atas kesalahan membawa muatan dengan kenderaan yang tidak sesuai.
Katanya, pemandu berkenaan juga dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru, pagi tadi untuk menyelesaikan kes saman lampau yang berstatus waran tangkap.
“Secara keseluruhannya saman yang diselesaikan ialah sebanyak enam saman bernilai RM1,200.
“Kereta berkenaan disita mengikut bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan cukai jalan tamat tempoh serta kenderaan dipandu tanpa lesen sehingga pemilik sah kenderaan hadir untuk diambil tindakan selanjutnya,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 November 2020 @ 9:50 PM
Posted by Community Roda Johor – CRJ on Sunday, 29 November 2020
As the owner’s son who comes to explain the whole situation in his statement at the police station yesterday (Saturday at 8.30 pm) mentioned that the car was driven by his cousin and the banana tree was for a prayer ceremony in Mutiara Rini. And the driver has turned up at Iskandar Puteri Traffic Police Station at 9.30 am yesterday to give his last statement plus the driver has 18 traffic summonses including 4 arrest warrants and 10 non-compoundable summons.
“The driver was taken to the Johor Baru Magistrate’s Court to settle six outstanding summonses amounting to RM1,200,” and currently the Toyota Vios is being confiscated under Section 64 of the Road Transport Act 1987 for expired road tax. That is one heck loads of summons from just 1 car, can someone explain what and why do this driver can still exist on the road? It is something very dangerous!!